Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera,
Perancangan merupakan intipati dalam pengurusan organisasi. Perancangan yang bersistematik dan strategik menjadi petunjuk arah utama kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam semua aspek pendidikan. Justeru itulah SMK Serting Hilir Kompleks menghasilkan Portal sekolah.
Portal ini merupakan satu paparan maklumat yang meliputi segala aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah yang menjadi panduan kepada guru, staf sekolah serta masyarakat umum dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab sehari-harian.
Keseluruhan Portal ini mencakupi Maklumat Umum , Pengenalan sekolah, Agihan Tugas, Pengurusan Panitia, Pengurusan Pembelajaran dan Pengajaran, pengurusan peperiksaan dan penilaian, pengurusan Sumber, Pengurusan Hem, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan Kebersihan dan Keceriaan dan Kajian Tindakan.Jelas fokus utama perancangan Sekolah adalah kurikulum tetapi tidak mengabaikan aspek lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Portal ini akan menjadi bahan rujukan kepada semua warga sekolah dan masyarakat setempat. Dengan ini perancangan sekolah akan dapat dilaksanakan dengan cekap, mantap dan berkualiti, sesuai dengan moto sekolah “Bersama Menjana Kecemerlangan” Akhirnya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada unit ICT sekolah yang terlibat dalam penyediaan dan penghasilan Portal ini.
Sekian.Terima Kasih.
Faizah Binti Muhammad
Pengetua SMK Serting Hilir Kompleks