VISI MISI LOGO

VISI DAN MISI

Visi KPM

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.

Misi KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

LOGO

BUMBUNG BERBENTUK MINANGKABAU

MELAMBANGKAN SEKOLAH INI TERLETAK DI DALAM SEBUAH NEGERI YANG MENGAMALKAN BUDAYA UNIT ‘ADAT PERPATIH’.

KOMPUTER

MELAMBANGKAN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG SEHARUSNYA DIKUASAI OLEH GURU-GURU DAN PELAJAR SEKOLAH INI SELARAS DENGAN PERKEMBANGAN DUNIA SEMASA.

KITAB YANG TERLETAK DI ATAS REHAL

MELAMBANGKAN SUMBER KEILMUAN YANG TIDAK HARUS DIKETEPIKAN UNTUK PEMBANGUNAN INSANIAH SEBENAR.

LIMA ANAK PANAH BERWARNA KUNING MENUNJUK KE ATAS

MELAMBANGKAN LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA YANG MESTI DIHAYATI OLEH SETIAP PELAJAR DI SAMPING SENTIASA MENUMPUKAN KETAATAN KEPADA YANG MAHA ESA.

RODA KEMAHIRAN YANG DILINGKARI NUKLEUS (CYBERNATIC)

MELAMBANGKAN KEMAHIRAN YANG TINGGI MESTI DICAPAI OLEH PELAJAR DENGAN MENGGABUNGKAN KEMAHIRAN FIZIKAL DAN KEMAJUAN DALAM BIDANG SAINS UNTUK MENGHASILKAN PELAJAR YANG BERINOVASI DAN BERINTELEK.

WARNA KUNING

MELAMBANGKAN KEDAULATAN PEMERINTAHAN BERADAT DI NEGERI INI

WARNA BIRU

MELAMBANGKAN KELURUHAN DAN KETULUSAN SEKOLAH DALAM MENDIDIK PELAJAR KE ARAH MATLAMAT YANG DIINGINI SELARAS DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

WARNA MERAH

MELAMBANGKAN KEGIGIHAN PARA GURU DI SEKOLAH YANG MENGHADAPI CABARAN PENDIDIKAN DALAM MENDIDIK ANAK BANGSA