PENUBUHAN DAN PERKEMBANGAN

LATAR BELAKANG SEKOLAH

SMK SERTING HILIR KOMPLEKS

SMK Serting Hilir Kompleks, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada 3 Disember 1995, dan telah memulakan sesi persekolahannya pada Januari. Ketika itu, sekolah ini telah menumpang di bangunan SK Serting Hilir Kompleks, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan yang dijalankan pada sesi petang bersama-sama 16 orang tenaga pengajar dan dibantu oleh 3 orang staf sokongan. Setelah 1 tahun 5 bulan SMK Serting Hilir Kompleks menumpang di SK Serting Hilir Kompleks maka mulai sesi persekolahan tahun 1997, sekolah ini telah berpindah di tapak sendiri dan digunakan sehingga sekarang. SMK Serting Hilir Kompleks telah berpindah di tapak sendiri pada 6 Jun 1997.

SMKSHK mempunyai 4 blok bangunan 3 tingkat dan 1 blok bangunan 2 tingkat. Selain bilik darjah, sekolah ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan asas seperti Pusat Sumber, Makmal Sains, Makmal Komputer, Makmal Bahasa, Bengkel Kemahiran Hidup, Bengkel Sains Pertanian, Bengkel PVMA, Galeri Kemanusiaan, Bilik Kaunseling, kantin, padang, kedai koperasi, bilik rawatan dan Bilik Gerak Minda.

Pada Disember 2016, SMK Serting Hilir Kompleks telah terpilih melaksanakan Program Transformasi Sekolah (TS25) Kohort 2 yang merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti yang bertunjangkan pemimpin berkesan, guru berkualiti, suasana PdPc berkesan dan sokongan PIBG/Komuniti.

 

SEJARAH – PENTADBIR SEKOLAH

 

  • PN HJH ZAIDAH BT MOHAMAD 1997 – 2000
  • PN HJH NAEMAH BT MD SHAHIB 2000 – 2002
  • PN HJH SITI EIASAH BT ABDUL RASHID 2002 – 2003
  • PN HJH NOORIZAN BT ABD LATIF 2003 – 2006
  • PN HJH MAIMON BT ABDULLAH APRIL 2007 – APRIL 2007
  • PN HJH MAIMON BT TALIB MEI 2007 – JULAI 2008
  • PN NORHAYATI BT MAT NOR JULAI 2008 – MAC 2011
  • TN. AHMAD BIN YAHYA MAC 2011 – 2014
  • PN. SARINAH BT HASHIM 2014 – 2015
  • TN. ALIAS BIN ABDUL SAMAD 2015 – 2017
  • PN. ZAINAB BT SAMSUDDIN OKTOBER 2017 – JUN 2019
  • TN. FADIL BIN ABDUL AZIS 2020
  • PN. ZAEDAH BINTI YUNOS 2020 – JANUARI 2022
  • TN. MUHAZIR BIN HAJI MISPAMI APRIL 2022 – KINI